« | Main | TANGISAN NABI ADAM... »

July 23, 2005

Menghina Org Lain

Qfxuwokcjgaahbouku1_1 Menghina Org Lain

HADITH:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata
buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka
daripada mengenainya pada hari kiamat.”


Huraian
i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh,
memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan
orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat
dilarang oleh Allah.
ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya
sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling
hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila
mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut
sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa
yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan
taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian
ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .